Wednesday 23 November 2011

Tuesday 15 November 2011

jiwa yang terkorban


aku cuba berselindung
di balik deraian tawa

kalau kamu tahu
yang hari-hari itu
aku cuba kambuskan
carik-carik emosi tentang dia
tentang dia.

ah.. selama mana mahu bertahan?

dan aku
jiwa yang terkorban..




Friday 11 November 2011

definisi cinta infiniti untuk terfaktab



aku taknak komen banyak-banyak tentang terfaktab sebab aku tahu this blog is already the best and always be the best. seriously, dari jaman aku rabak robek dulu sampai jaman aku jumpa mr right aku, terfaktab ni lah yang jadi tempat aku cari bahan cinta, luka semua. aku rasa semua yang ditulis tu realiti.

jaman aku rabak dulu, terfaktablah yang banyak kuatkan jiwa aku, tapi aku malas nak ingat balik jaman tu.
so aku nak cerita kebersamaan terfaktab pada jaman sekarang pulak.

terfaktab buat kami saling sayang. u know what, berada dalam LDR sangat lah menguji. tak terbayangkan macam mana dia boleh sabar dengan aku sampai sekarang. :(
satu hal yang paling bermakna dalam hidup aku, bila dia secara mengejutnya, hadiahkan aku kitab terfaktab.
aku sengaja tulis di wall fb dia "sweetnya kalau dapat hadiah buku dari pakwe". tapi aku tak mention pun buku apa aku nak at first. tapi oleh kerana dia sangatlah prihatin, maybe dia nampak aku post kat wall fb membe aku pasal kitab terfaktab. then, he asked me nak kitab terfaktab ke? dia memang langsung tak tahu wujudnya blog terfaktab or kitab terfaktab. tapi disebabkan aku, dia jadi tahu. hee..
malam tu jugak tanpa aku tahu, dia pergi uya and bought me kitab terfaktab!!!!! i didn't expect he would do that. rasa nak nangis time tu jugak bila dia on skype, letak kitab terfaktab betul-betul depan screen laptop dia. and i was like crying happily.. :') and last month, baru aku dapat cecah kaki di uya seperti janji dia sebelum ni nak bawa aku pergi situ kalau aku balik cuti. aku datang, hoping that penulis.sahaja ada lepak situ nak mintak autograf!!! (pakwe siap jeles kalau sebut pasal ps :p )ekekeke... tapi salah timing plak, malam tu ada bola n9 lawan terengganu. pakwe pun missed the match sebab semata2 nak bawak aku pergi uya kot2 ada writers yang lepak sana kan, boleh mintak autograft.. tapi masa tu ada pakwe uli jep. dan malam tu jep cuti yang aku ada. sedih.. :( lusanya kena balik india..  :'(

ok. seriously cakap, kalau pakwe makwe sama-sama baca blog terfaktab, kitab terfaktab, apa2 lah terfaktab kau akan rasa pakwe kau faham kau, makwe kau faham kau. bila pakwe kau carik masalah, tak faham kau ke, kau tak reti nak tunjuk perasaan ke kau post lah nasihat terfaktab. sebab bagi aku apa yang ditulis semuanya for real. kadang2 aku malas nak gaduh2 manjew dengan dia, so diam dan bagi dia mana2 post atau status kat page terfaktab yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku masa tu. biar dia faham sendiri.

terima kasih terfaktab sebab kau bukan sahaja memberi definisi cinta infiniti, tapi kau berjaya buat dua hati jadi kami. (:


berbentuk bencintabiasa?


bencilah
yang dulunya hak sekarang bukan lagi milik.

kalu mahu dispesifikasikan perasaan aku, dikelaskan mengikut abjad
mungkin susah.

dalam satu masa punya dua rasa
dari cinta menjadi biasa
yang menjadi sukar itu adalah pada biasa.

kalau bentuk cinta seperti jantung,
bentuk benci seperti apa?

berhenti mengeluh


kemaafan
membuka ruang hati itu
bila tertutup, ia mati.

sambung mengeluh
terpesong cuma.

punya minda tumpul tak berasah
sempit terhimpit
terpalit hasad dan benci
itu juga yang tercermin awalnya.

sambung mengeluh
terpesong cuma.

kemaafan
memekar halus jiwa itu
yang bila kotor, ia busuk.

berhenti mengeluh
setapak terjatuh
nasib tidak apa-apa.

hilang


rasa baru semalam aku pegang
erat dan kuat.
hari ini sudah hilang.

rasa baru semalam
kau cinta dan sayang.
hari ini sudah hilang.

menjauh


saat dijauhkan aku dari situ. perlahan.
sedikit dan berterusan.

saat dijauhkan aku dari situ. sakit.
bertahan dan ku teruskan.

saat dijauhkan aku dari situ. sudah terlalu jauh.
sungguh. aku merasa jauh.

tak semua


emosi.

yang memberi jiwa pada setiap penulisan
yang membentuk fikiran untuk aku banding bezakan pandai jahilnya
yang ada pun terzahir segala keras dan hasad
bukan gandingan sayang rindu esak tangis manja dahulu.

hati, kalau hari-hari mahu disuapkan benci, busuk.

ah. terlalu mengikut hati sahaja.

dan.

tak semua kata-kata membawa maksud.
tak semua perilaku memberi definisi.
tak semua. bukan semua.

asas


tiada perempuan yang mahu diberi esak tangis hari-hari.
walau setingkat cuma suara ditinggi notanya, remuk redam hati kecil rapuh ia.

perilaku tak perlukan kekerasan untuk melentur setiap jiwa.
cukup sekadar buat seseorang terfikir dan berfikir baik buruknya.
kalaupun yang engkau taruh adalah amarah, buruk yang berbalik semula.

tiada perempuan dicipta untuk merasa kelat kata dari lelaki bukan?

 

cukup II



untuk beberapa hari yang menggembirakan. cukup. menjalani malam-malam indah yang sebelum tidurku diperbisikkan kata sayang dari dia, mengelus redup kasih pada jiwa rapuh aku.

untuk hari ini yang meranapkan kemanisan semalam. cukup. terhenti untuk aku terus menadah rasa bahagia. diperdengarkan kelat kata dari dia, membekukan detak cinta pada nadi lemah aku.

untuk hari esok jika perlu aku teruskan dengan cukup.

athazagoraphobia


sepanjang hari menantikan kekasih.
merindu tanpa dipeduli.

apalah salah, aku bertanya khabar di mana?
apalah salah, aku memesan biar berjaga?

untuk dua kali panggilan yang tidak bersambut.
tak perasan.
eh, baru ku kirim mesej, lantas berjawab?

"tak perlu cemburu". sinis.

ah. terpukul lagi. lebam membiru.

terasa seperti aku ini menjengkelkan.
menjerat setiap langkah pergi engkau.

lagi.
apalah salah, aku bertanya khabar di mana?
apalah salah, aku memesan biar berjaga?

untuk hari ini.
cuma sendiri.

between the lines



kawalan ku menjadi serba rapuh untuk seseorang bernama dia.
ah.. berdosa untuk diam-diam jatuh dalam-dalam pada dia.
aku umpama memikul beban maya, berat pada nyata.
cinta, bukan untuk dimiliki.

single exposure


kalau perlu ditarik lagi dia
dari aku yang sengaja buta pada rajuk manja
buta pada sisa rasa
biarlah..

ruang untuk kita semakin mengecil sempit

lalu aku paksakan rela

aku biar, pada biar engkau.
aku akur, pada akur engkau.

pengakhiran


entah dari mana datang segala gundah kisah menyusah resah yang tak menyudah.
setelah aku hangatkan segala kata dan pekikkan hasut amarah sang iblis.
lama aku bertahan di hadapan dia mencari kesempurnaan sabar.
di belakang aku ludahkan saja. aku hamburkan murka.


kalaupun ada topeng pada wajah sang aku ini, bila di buka tetap yang sama rupa.
tetap yang sama jiwa. tetap aku yang sama.


terlalu munafikkah aku kiranya menyinis tanpa mengira duga jiwa yang lainnya?
terlalu kejamkah aku bila mengaduhkan sakit luka semua?
terlalu bahaya untuk meruntuhkan sebuah kisah cinta?


aku bukan manusia sempurna. tidak terpelihara dari rasukan busuk jiwa.
bukan yang molek seadanya.
andai kau kira semua lakonan semata. yang luarannya santun bicara di belakang busuk tercela.
terpulanglah.


pernah aku terfikir inilah masanya. kafarah dosa untuk kita.
dan setiap kali aku diberikan kesakitan ini, aku bersyukur.
mungkin hidup tak selamanya aman dan tenang untuk cerita yang ada
dan setiap kali itu juga aku amukkan rasa.
tebal iman dan sabar belum cukup sampai ke arasnya.
dan mungkin inilah pengakhiran yang tiada kesudahan indah.


siapalah aku untuk bercerita tentang dosa pula.
hakikat akulah yang mula cipta sengketa.


jauh-jauh masih ada doanya.

 

5 huruf untuk setia


aku mungkin akan di goyahkan dengan kesetiaan yang tiada. kesetiaan yang tiada.
cukup untuk buat aku paling hati jauh-jauh.


kerana aku seorang yang setia dan ku harap pulangannya juga nanti yang setia.
 

segitiga


aku terlalu penat untuk melalui cerita yang sama.
untuk dipertemukan lagi dengan pengantara.

aku yang seharusnya marah. yang seharusnya melepas tamparan ke wajah.
dan nyatanya bukan semudah itu.

biarlah aku penat menuai sabar yang ada. mengalah bukan bererti kalah.
biarlah. selagi aku masih mampu untuk meneduh rasa cinta.
masih redha dengan qadar dariNya.

sungguh segitiga ini terlalu tajam bucunya.

antara ada dan tiada


melepaskan semalam dua untuk dia bersama yang lainnya.
yang bahagia itu bukan milik aku malam ini.

ternyata ada yang benar dalam prasangka.
ada rindu dalam cemburu.
ketika tiadanya kamu. jauhnya kamu.
antara ada dan tiada rela untuk aku percaya.

ah. mahu berapa lama lagi?
sedang hari-hari mahu kecil hati.

cukup


noktahkan sayang itu pada sang aku ini.
bunuh mati
tindas pergi
biar padam
rela hilang.

cukup.

mungkin aku terlalu kuat untuk ini
untuk dilukai lagi
entah ke berapa kali.

mungkin aku terlalu lemah untuk itu
untuk mengalah lalu
entah yang bila waktu.

esok belum tentu aku mahu merajuk dan memujuk.
esok belum tentu aku memberi dan berbagi.

unstable angina


aku hilang bicara untuk beberapa ketika
perit - masih ada sesuatu yang belum ku lenyapkan.
seakan benci itu menggigit tajam aku semula.
sakit sana sini.

ya, Allah. sakit apakah ini?
aku belum sembuh rupanya.

aku nampak dia dalam ym - available.
sakit.
tujuh tikaman pedang belum tentu buat aku sakit seperti ini.

kalau dipinjamkan aku semalam
setapak pun tidak mahu ku maju, kenal dia.

cuma mahu dipinjamkan hari esok,
dengan kekuatan, biar pun setapak yang ku maju.

hilang dan terus menjauh

hakikat itu menyakitkan.

jadi
biar aku diam-diam di sini
hilang dan terus menjauh.

aku sudah tidak punya keberanian
lumpuh menahan rasa
bila cinta kau palingkan. kau nafikan.
hilang dan terus menjauh.

pinta


penat bila menunggu.
bukan hilang rasa
yang ada cuma luka.
ya. ketakutannya di sini. di jiwa.

masih mahu dicinta. mencinta. bercinta.
mahu dijaga setiap inci hati. saban hari.
kalau pun ia lemah, perlu dikonkrit semula.
aku mahu itu
dan pelakunya hanya kamu.
ya, kamu kekasih.

atau

mungkin jua rasa itu sudah menjauh pada kamu untuk aku.
sungguh itu mudah.

semalam
ada kisah kita
kamu sudah lupa.

selayaknya bukan


melihat masa lalu.
hitam. kelam.
meski ada sisa baki istimewa itu, hapus.

dia dah pergi
aku masih tak mula lari?

yang selalu meletak harapan sendiri
yang angannya nanti ada cinta semula
ah! konon motivasi.
mati lagi.

merapati takdir perlahan-lahan.
memang.
dia bukan untuk aku
selayaknya bukan.

"When one door of happiness closes, another opens; but often we look so long at the closed door that we do not see the one which has been opened for us."

Sunday 6 November 2011

berat jadi aku


luarannya seperti tiada berbahasa suka.
mungkin tiada tanda untuk sama berbagi rasa.
ukir senyum kelat.
berat.

sahabat seperti aku
kekasih seperti aku
buat sakit jiwa sahaja.

tapi,
jauh-jauh masih ada doanya
bahagia untuk semua.

Saturday 5 November 2011

masih ada aku


jangan disalahkan aku
bila nanti yang ku bina
hanya dinding-dinding ego
lalu sukar untuk kau tembusi lagi.

fikirlah adanya aku
bila mahu mendekati lalu kau menjauhi.
fikirlah adanya aku
bila mahu memaafi lalu kau paling hati.
fikirlah
masih adanya aku.

doktor dan cinta


mana ghaibnya fokus ku
pada sang huruf-huruf?
pada si kecil organisma?
pada ngeri rosak organ?
pada toksik ubat dan dadah?

urgh!
sakit cinta buat buta semua.

sela waktuku tidak banyak
tapi fokusnya pada ratusan muka surat entah ke mana.

aku bisa apa?

Friday 4 November 2011

acuan


dari bait-bait kata tadi yang disalaherti
bukan intonasi marah, sayang.
usah ghairah menterjemah
nadanya terlalu melankolik
terlalu ekspresi.

bacalah
lembar kusut hati
berselirat benang dan tali sepi.

aku ini
bukan perlunya gembira
bukan perlunya bahagia
tidak. bukan itu yang serbu pinta.

pada ketagihan kasih
mencari sekelumit sayang
perlu dilentur pada kehalusan jiwa
bukan untuk dipatahriuk
hanya dibeza dengan wanita lainnya.

kita ini manusia
beza pada hati dan jiwa
tiada juga yang sempurna.

begini pada aku
begitu pada engkau

marah engkau, ego aku
lembut engkau, lemah aku

dan aku ini umpama kuih yang dibentuk acuan darimu.

bukan jalang calang-calang


perlukah menayang bahagia yang kau ada?
perlu pula aku cemburu buta? perlu ya?

cukup buat aku sakit
berhenti buat aku loya
aku demam kuat

hey!
aku ini bukan jalang calang-calang.

sekali kau teteskan hujan hina
dua ganda ku limpahkan bah amarah
biar kau karam lemas.

klcc tak setinggi dongak kepala engkau
tapi masih bisa ku pijak henyak
muak!

kita sudah habis
jangan buat aku lagi nangis.

gadis bersepatu jingga


tolong tarik aku dari bawah sini
saat aku jatuh terduduk. terpuruk.
hari-hari merasa kosong. bingung.
sendiri meraung
dalam pekat malam tadi
dalam lebat hujan pagi.

tolong tolak aku dari atas sini
sepertinya mahu bunuh diri
tapi nyatanya aku mahu sayap
melayang tinggi.
mimpi yang masih
dalam sepi siang redup mentari
dalam jingga senja hilang sendiri.

tolong aku.

Thursday 3 November 2011

kalau mahu aku

kalau mahu aku
jangan terus kau simpan dan biarkan
sebab aku bukan perhiasan.

kalau mahu aku
jangan kau sepah-sepahkan
sebab aku bukan mainan.

kalau mahu aku
jangan kau campak tepi jalan
sebab aku bukan bahan buangan.

kalau mahu aku
jangan kau henti separuh jalan
sebab aku punya perasaan.