Thursday 16 February 2012

silam


i
will
never
delete you
in my
memories..
Thanks for always taking care of me..

01:12 05/03/08


Tuesday 7 February 2012

hipnotis


dalam hitunganku kira-kira sudah hampir yang ketiga tahun
aku hilang dari pandang dan igaumu

masa bergerak terlalu cepat untuk suatu pertemuan yang singkat,
untuk sebuah memori yang kelat.

kau adalah sebatas kenangan yang masih bisa memandu erat tanganku
mencoretkan bait-bait tangis, dendam dan rindu pada ruang ini.

aku tidak lagi menjadi hambatan pada engganmu
kerana yang aku janjikan "hilang dan terus menjauh".

dan aku masih tertinggal
meratah telan perlahan rindu yang tersisa
sampai habis...



khabar apa


ternyata aku masih belum melepas terbang kurungan rasa yang kelmarin
berharap untuk dipertemukan sekali lagi
aku
kamu
berhadapan tepat
mata terus ke mata
mengira seberapa dewasa telah kita
menitip bicara tentang khabar-khabar
yang terlepas dari pendengaranku

ah.. khabar apa kamu di sana?